Unsur genetik egois

Unsur genetik egois (dari segi sejarah juga disebut sebagai gen egois, gen ultra-egois, DNA egois, DNA parasit dan penjahat genom) ialah segmen genetik yang dapat meningkatkan pemindahannya sendiri dengan mengorbankan gen lain dalam genom, bahkan jika unsur genetik ini tidak memiliki kesan positif atau negatif bersih pada kecergasan organisme.[1][2][3][4][5][6] Genom secara tradisional dipandang sebagai unit kohesif, dengan gen yang bekerja bersama untuk meningkatkan kecergasan organisme. Namun, ketika gen memiliki kawalan ke atas pemindahannya sendiri, aturan dapat berubah, dan seperti semua kumpulan sosial, genom rentan terhadap perilaku egois oleh bahagian dari genom.Pengamatan awal dari unsur genetik egois dibuat hampir seabad yang lalu, tetapi topik tersebut tidak mendapatkan perhatian meluas sampai beberapa dekad kemudian. Diinspirasi oleh pandangan gen berpusatkan evolusi yang dipopularkan oleh George Williams[7] dan Richard Dawkins,[8] dua makalah diterbitkan secara berurutan di Nature pada tahun 1980 – oleh Leslie Orgel dan Francis Crick[9] dan oleh Ford Doolittle dan Carmen Sapienza[10] – memperkenalkan konsep unsur genetik egois (pada masa itu disebut "DNA egois") kepada komuniti saintifik yang lebih meluas. Kedua-dua makalah tersebut menekankan bahawa gen dapat menyebar dalam suatu populasi terlepas dari pengaruhnya terhadap kecergasan organisme sepanjang gen tersebut memiliki keunggulan pemindahan.Unsur genetik egois kini telah dihuraikan dalam sebahagian besar kumpulan organisme, dan unsur genetik tersebut menunjukkan kepelbagaian yang luar biasa dalam caranya menggalakkan pemindahannya sendiri.[11] Meskipun telah lama dianggap sebagai keanehan genetik, dengan sedikit kerelevanan untuk evolusi, unsur genetik egois kini diperakui untuk mempengaruhi sejumlah besar proses biologi, ber,ula dari ukuran dan binaan genom hingga spesiasi.[12]